Total Pageviews

Tuesday, November 30, 2010

Apakah kolagen? >> penemuan gempar!!

      

    
     Kolagen adalah bahan berjeli dihasilkan daripada tisu penyambung tulang dan rawan binatang serta daripada janin manusia. Ia sering digunakan dalam pelbagai jenis kosmetik seperti syampu, losen kulit dan gincu bibir.

     Malah, kandungan kolagen di dalam kosmetik dianggap sesuatu yang membanggakan oleh pengeluar di mana ia dijadikan gimik untuk melariskan jualan. Menurut pengeluar kosmetik, kolagen mampu memulihkan sel-sel tua dan menjadikan pemakainya kelihatan muda. 

     Sebenarnya, kira-kira 1/3 daripada kulit kita ialah kolagen. Di dalam tunuh manusia, terdapat dua jenis kolagen iaitu kolagen larut (terkandung dalam kulit muda) dan kolagen tidak larut (terkandung dalam kulit yang lebih tua).

     Kolagen larut boleh menjadi tidak larut seiring dengan peningkatan usia kulit berikutan pendedahan kepada matahari, bahan-bahan kimia (*dalam kosmetik) dan diet. Apabila ianya berlaku, kulit akan menjadi ketat, kering, berkedut dan tua.

     Kejayaan sesetengah ujian nmenunjukkan sapuan kolagen pada kulit mampu menahan atau menggantikan kolagen yang telah hilang. Namun, bukan semua kolagen memenuhi kriteria ini kerana kulit hanya boleh menggunakan kolagen yang terikat strukturnya.

     Kehadiran beberapa bahan kimia tertentu dalam produk yang mengandungi kolagen juga boleh menyebabkan kolagen 'tidak larut' dan tidak mendatangkan faedah kepada kulit.
     Begitu juga kehadiran bahan petrokoimia dan hidrokarbon yang dimasukkan ke dalam rumusan yang mengandungi kolagen akan menyebabkan kolagen itu sendiri tidak larut.

     Banyak juga bahan pengawet yang tidak sebati dengan protein seperti methylparaben, prophylparaben, ethylparaben dan buthylparaben tidak seharusnya digunakan dalam produk yang mengandungi kolagen.

     Walaubagaimanapun, tinjauan mendapati hampir kesemua produk kosmetik (termasuk gincu bibir) mengandungai satu atau lebih bahan-bahan kimia yang disebutkan yang sebenarnya akan menyebabkan kolagen tidak larut, dan tidak bermanfaat pada kulit.

     *Produk yang mengandungi kolagen :

    Dalam tinjauan rawak pada tahun 2000, sekurang-kurangnya terdapat dua jenama gincu bibir popular yang didapati mengandungi kolagen iaitu Maybelline dan Yves St Laurent .
     Tinjauan mendapati kolagen kebiasaannya digambarkan berkesan dan mempunyai ciri-ciri khas pada pembungkus gincu bibir. Misalnya pada gincu bibir Maybelline, perkataan "mengadungi kolagen" terpapar pada label depan dan belakang gincu tersebut. Tetapi kolagen dalam gincu bibir tidak mengandungi sebarang ciri-ciri terapeutik.

     Melalui tinjauan juga, didapai cuma kolagen yang diimport sahaja melabel kolagen sebagai salah satu bahan ramuannya. Namun, produk yang sama dari keluaran tempatan langsung tidak melabelkan bahan-bahan ramuan yang digunakan. Jadi, pengguna tidak dapat mengelak daripada bahan-bahan yang haram.

      *Produk-produk berikut didapati mengandungi kolagen :

      ~ Gincu bibir Maybelline
      ~ Ginci bibir Yves St Laurent
      ~ St Ives Collagen Elastin Dry Skin Lotion
      ~ St Ives Swiss Spa Extra Body Shampoo
      ~ Alberto VO 5 Hot Oil Hair treatment


Dato' Seri Dr. Haji Harussani Haji Zakaria
Mufti Kerajaan Negeri Perak

Sunday, November 28, 2010

ZAMAN BERKEMBAR

~~Bergelak tawa dari kisah lucu :
        
     Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka di ruang rehat sebuah hospital di Kuala Lumpur. Kegelisahan jelas di riak muka mereka.
      
     Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama : “Tahniah! Isteri tuan selamat melahirkan anak kembar dua”. “Kembar dua? Kebetulan pula, saya bekerja di Menara Berkembar Petronas”, kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

      Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua : “Isteri tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!” “Apa? Kembar tiga? Saya bekerja di 3D Corporation”, kata lelaki kedua.

      Setengah jam kemudian, seorang jururawat lain beritahu kepada lelaki ketiga : “Tahniah! Isteri tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat”, kata jururawat dengan tenang”. “Kembar empat? Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel”, kata lelaki ketiga dengan gembira.

      Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?” Dengan perasan gelisah, dia menjawab : “Saya bekerja di Seven Eleven”.


MORAL : Keajaiban boleh berlaku di mana-mana dengan izin Ilahi..

H1N1 SATU!

*Berkongsi tawa dari kisah lucu ~~

  
Adalah diceritakan berlaku di sebuah restoren ini, ada dua orang pelanggan ingin menikmati minum petang. Kemudian datang pelayan untuk mengambil pesanan.

Pelayan : Boleh saya ambil pesanan encik berdua?
Pelanggan 1 : Kami nak H1N1 satu ye…
Pelayan : Kami tak jual, itu makanan haram… lagipun encik kan orang Islam?
Pelanggan 2 : Kami nak Holick 1 Nescafe 1 lah…
Pelayan : (Tersipu malu…)

hehehe... jangan marah ye!!

MORAL : Islam menitikberatkan makanan halal agar badan 'sihat'.

AL-KISAH PRAMUGARI & PENUMPANG

Berkongsi tawa dari kisah lucu ~~

Seorang lelaki menaiki sebuah pesawat Boeng 747 ke Bangkok dari KLIA. Sebaik sahaja berlepas, dia didatangi oleh seorang pramugari yang cantik dan bentuk badan yang agak seksi.

Pramugari : Maaf encik, kami sedang membuat promosi untuk penginapan semasa encik tiba di Bangkok nanti. Boleh isikan borang ini terlebih dahulu? Terima kasih atas kerjasama encik.

Lelaki ini dengan bangganya mengisi butir-butir peribadi pada borang yang 100% berbahasa Inggeris tu.

Name : Sugiman bin Roni
Pasport No : AK98300
Race : Tidak pernah - takut mati sia-sia
Sex : 3 kali seminggu kecuali time isteri “cuti”

Sebaik sahaja diserahkan pada pramugari tersebut, lelaki ini kebingungan apabila pramugari itu tersenyum-senyum sipu kepadanya... kuang kuang kuang

MORAL : Bahasa Inggeris pun penting selain bahasa ibunda ~ perak, kelantan, jawa, banjar, ......., ....... hihihi

Saturday, November 27, 2010

JELINGAN AYAHKU..

~ Berkongsi tawa dari kisah lucu :

      
     
     Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula...

      Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat Maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang ‘konon’nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apa lagi, melatahlah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi...
     
      Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya... aduhh...

MORAL : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. hehehe...