Total Pageviews

Thursday, December 2, 2010

Idaman wanita pada usia lelaki ke... ?

    
     Pernahkah anda membayangkan apa yang berlaku jika usia anda mencapai tahap tertentu?haha. Bagaimana layanan wanita yang bertakhta di hati anda pada waktu itu?huhu. Apa yang harus anda lakukan untuk sentiasa memenangi hatinya?hehehe.. Apa pun jua, di bawah ini adalah situasi atau beberapa saranan yang diidami oleh wanita yang dibahagi mengikut peningkatan usia anda. Hahaha! Ingat ye! Ini mungkin agak kelakar bunyinya tetapi inilah yang diimpikan oleh kebanyakan wanita di luar sana daripada teman hidupnya, andalah, lelaki!

     ~Ketika anda berusia 22 tahun ...
     * kacak
     * menarik atau charming
     * keadaan kewangan yang teguh
     * pendengar yang setia
     * kelakar
     * bentuk badan menarik
     * bergaya dalam berpakaian
     * bersifat menghargai
     * penuh dengan idea kejutan
     * pencinta yang romantik, berimaginasi

    ~~ Ketika anda berusia 32 tahun ...
     * penampilan menarik, masih berambut!
     * budiman, seperti membuka pintu kereta untuk si dia...
     * ada duit untuk makan malam eksklusif
     * mendengar lebih banyak dari si dia bercakap
     * ketawa apabila si dia berjenaka
     * sudi menemani si dia membeli-belah
     * memiliki sekurang-kurangnya sehelai tali leher
     * menghargai masakannya
     * ingat tarikh lahir dan ulang tahun
     * cipta suasana romantik sekurang-kurang sekali dalam seminggu

     ~~~ Ketika anda berusia 42 tahun ...
     * penampilan baik, botak tapi masih ok la
     * memandu kereta sekiranya si dia telah bersedia
     * masih steady bekerja
     * beri tumpuan sewaktu dia sedang bercakap
     * sedari batasan gurauan
     * masih bertenaga terutama untuk memindah perabot?
       maknanya, bentuk badan anda masih kental! uh!
     * pakai baju yang menutupi perut (boroi!)
     * selalu ingat untuk tutup mangkuk tandas (yang duduk)
     * bercukur setiap minggu (janggut dan misai!)

     ~~~~ Ketika anda berusia 52 tahun ...
     * jaga penampilan terutama bulu hidung (jangan sampai ia
       terkeluar!)
     * tidak menggaru di khalayak ramai
     * tidak selalu meminjam duit
     * tidak mengulangi lawak jenaka yang sama
     * bentuk badan masih ok!
     * pakai sarung kaki yang sesuai dan seluar dalam bersihh
     * hargai makan malam dengannya
     * masih ingat namanya dan nama sendiri sewaktu di majlis
     * bercukur pada minggu-minggu tertentu

     ~~~~~ Ketika anda berusia 62 tahun ...
     * tidak menyergah kanak-kanak kecil
     * masih ingat di mana letaknya bilik air
     * tidak minta duit yang banyak untuk disimpan
     * tidak berdengkur kuat sewaktu tidur
     * senyum atau ketawa yang bersebab
     * memiliki bentuk badan yang baik sekurang-kurangnya untuk
       bangun atau bangkit
     * selalu memakai pakaian
     * suka makanan yang lembut
     * masih ingat di mana gigi palsu diletakkan!

     ~~~~~~ Ketika anda berusia 72 tahun ...
     * Masih Bernafas!


     

No comments:

Post a Comment