Total Pageviews

Tuesday, November 30, 2010

Apakah kolagen? >> penemuan gempar!!

      

    
     Kolagen adalah bahan berjeli dihasilkan daripada tisu penyambung tulang dan rawan binatang serta daripada janin manusia. Ia sering digunakan dalam pelbagai jenis kosmetik seperti syampu, losen kulit dan gincu bibir.

     Malah, kandungan kolagen di dalam kosmetik dianggap sesuatu yang membanggakan oleh pengeluar di mana ia dijadikan gimik untuk melariskan jualan. Menurut pengeluar kosmetik, kolagen mampu memulihkan sel-sel tua dan menjadikan pemakainya kelihatan muda. 

     Sebenarnya, kira-kira 1/3 daripada kulit kita ialah kolagen. Di dalam tunuh manusia, terdapat dua jenis kolagen iaitu kolagen larut (terkandung dalam kulit muda) dan kolagen tidak larut (terkandung dalam kulit yang lebih tua).

     Kolagen larut boleh menjadi tidak larut seiring dengan peningkatan usia kulit berikutan pendedahan kepada matahari, bahan-bahan kimia (*dalam kosmetik) dan diet. Apabila ianya berlaku, kulit akan menjadi ketat, kering, berkedut dan tua.

     Kejayaan sesetengah ujian nmenunjukkan sapuan kolagen pada kulit mampu menahan atau menggantikan kolagen yang telah hilang. Namun, bukan semua kolagen memenuhi kriteria ini kerana kulit hanya boleh menggunakan kolagen yang terikat strukturnya.

     Kehadiran beberapa bahan kimia tertentu dalam produk yang mengandungi kolagen juga boleh menyebabkan kolagen 'tidak larut' dan tidak mendatangkan faedah kepada kulit.
     Begitu juga kehadiran bahan petrokoimia dan hidrokarbon yang dimasukkan ke dalam rumusan yang mengandungi kolagen akan menyebabkan kolagen itu sendiri tidak larut.

     Banyak juga bahan pengawet yang tidak sebati dengan protein seperti methylparaben, prophylparaben, ethylparaben dan buthylparaben tidak seharusnya digunakan dalam produk yang mengandungi kolagen.

     Walaubagaimanapun, tinjauan mendapati hampir kesemua produk kosmetik (termasuk gincu bibir) mengandungai satu atau lebih bahan-bahan kimia yang disebutkan yang sebenarnya akan menyebabkan kolagen tidak larut, dan tidak bermanfaat pada kulit.

     *Produk yang mengandungi kolagen :

    Dalam tinjauan rawak pada tahun 2000, sekurang-kurangnya terdapat dua jenama gincu bibir popular yang didapati mengandungi kolagen iaitu Maybelline dan Yves St Laurent .
     Tinjauan mendapati kolagen kebiasaannya digambarkan berkesan dan mempunyai ciri-ciri khas pada pembungkus gincu bibir. Misalnya pada gincu bibir Maybelline, perkataan "mengadungi kolagen" terpapar pada label depan dan belakang gincu tersebut. Tetapi kolagen dalam gincu bibir tidak mengandungi sebarang ciri-ciri terapeutik.

     Melalui tinjauan juga, didapai cuma kolagen yang diimport sahaja melabel kolagen sebagai salah satu bahan ramuannya. Namun, produk yang sama dari keluaran tempatan langsung tidak melabelkan bahan-bahan ramuan yang digunakan. Jadi, pengguna tidak dapat mengelak daripada bahan-bahan yang haram.

      *Produk-produk berikut didapati mengandungi kolagen :

      ~ Gincu bibir Maybelline
      ~ Ginci bibir Yves St Laurent
      ~ St Ives Collagen Elastin Dry Skin Lotion
      ~ St Ives Swiss Spa Extra Body Shampoo
      ~ Alberto VO 5 Hot Oil Hair treatment


Dato' Seri Dr. Haji Harussani Haji Zakaria
Mufti Kerajaan Negeri Perak

No comments:

Post a Comment