Total Pageviews

Wednesday, December 8, 2010

RAMBUT manusia dalam makanan?? Sebagai bahan ramuan???



     Apakah perasaan anda jika anda ternampak sehelai rambut dalam makanan anda?? Tentu menjijikkan. Tanpa diketahui ramai, rambut manusia telah diproses untuk dijadikan salah satu ramuan dalam makanan. Ramuan yang dimaksudkan ialah L-cysteine.

     Kegunaan L-cysteine dalam makanan dibenarkan di negara kita. Menurut Jadual Kesebelas Peraturan Makanan 1985, bahan ini dibenarkan penggunaannya dalam tepung gandum dan tepung berprotein tinggi untuk membuat roti.

Apakah L-cysteine?
  
     L-cysteine ialah sejenis asid amino yang lazimnya digunakan di dalam makanan, ubatan dan kosmetik.

     Di dalam pembuatan roti, L-cysteine digunakan untuk mengurangkan tempoh adunan doh, menghentikan pengecutan kerak pizza selepas dinipiskan dan menjadikan doh tidak mudah melekat.

     Selain itu, L-cysteine digunakan sebagai komponen untuk menghasilkan bahan perisa berdaging seperti ayam dan lembu.

     Walaupun L-cysteine terdapat dalam pelbagai jenis makanan, ia biasanya tidak disenaraikan sebagai bahan ramuan pada label kerana ia tidak dianggap sebagai penambah makanan tetapi sebagai bantuan dalam pemprosesan.

Sumber L-cysteine

     Dewasa ini, hampir 80% daripada L-cysteine yang digunakan di seluruh dunia yang diperolehi dari China dengan menggunakan rambut manusia dan bulu ayam.

     Rambut manusia kaya dengan dua sebatian asid amino, iaitu L-cysteine dan L-tyrosine. Terdapat sebanya 14% L-cysteine dalam rambut manusia. Di dalam proses penghasilan L-cysteine, keratin dari rambut manusia diekstrak dengan menggunakan asid hidroklorik dan air. Selepas beberapa langkah tertentu, keratin bertukar menjadi L-cysteine.

Pandangan Islam mengenai L-cysteine 

     Menurut hukum syarak, setiap bahagian manusia adalah haram dimakan oleh umat Islam. Di dalam satu wawancara dengan Mufti Negeri Perak, Dato’ Seri Dr Haji Harussani Bin Haji Zakaria, beliau berkata setiap tubuh bahagian manusia adalah mulia dan tidak boleh diperlakukan dengan sewenang-wenangnya.

     Oleh itu, kehadiran L-cysteine dalam makanan adalah meragukan kerana besar kemungkinan ia diperolehi daripada rambut manusia.

   Memandangkan keadaan sedemikian, pengguna Islam seharusnya perlu berhati-hati apabila mereka memilih makanan di pasaran, terutamanya makanan yang mungkin mengandungi L-cysteine seperti roti, pizza dan perisa makanan yang tidak manis. Ini kerana besar kemungkinan ianya diperolehi dari rambut manusia. Keadaan menjadi lebih rumit apabila bahan ini tidak pula disenaraikan sebagai bahan ramuan.
















Mufti Negeri Perak
Dato’ Seri Dr Haji Harussani Bin Haji Zakaria



No comments:

Post a Comment