Total Pageviews

Friday, December 3, 2010

BERKHATAN kurangkan jangkitan HIV??

     
     "Khitan" atau berkhatan (dalam istilah Melayu) bermakna memotong kulit (kulup) yang menutupi kepala zakar (bagi lelaki) dan memotong sedikit hujung kelentit (clitoris) (bagi perempun).

     Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, daripada Nabi Muhammad S.A.W. sabdanya :
"Fitrah itu lima perkara, ataupun lima bentuk fitrah ialah : Berkhatan, mencukur bulu kemaluan (lelaki ataupun wanita), mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mengunting misai".

     Ada perbezaan pendapat tentang hukum berkhatan ini. Ada yang mengatakan ia sunat dan ada yang mengatakan wajib berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W. ~~ Kebanyakan ulama berpendapat khatan itu patut dilaksanakan ketika anak menghampiri waktu baligh.

     Bersadarkan hasil kajian yang dilakukan oleh Carlos R. Estrada dan kumpulannya dari Pusat Kesihatan St. Lukes Rush-Presbyterian di Chicago. Illinois berkaitan kesihatan, sekitar 80% jangkitan seperti HIV berlaku apabila hubungan kelamin berlaku tanpa perlindungan. Dan bahagian yang paling kerap dijangkiti adalah pada lelaki iaitu melalui penis.

     Menurut Estrada, lelaki yang berkhatan boleh mengurangkan risiko jangkitan virus HIV sebanyak 2 hingga 8 kali. Untuk menentukan sejauh mana kesahihannya, Estrada dan kumpulannya membuat kajian terhadap 14 contoh jaringan kulit hujung penis kanak-kanak dan orang dewasa. Untuk menentukan jaringan yang mungkin boleh dijangkiti HIV, mereka menghitungkan tiga jenis sel sistem kekebalan yang dikenal pasti boleh menyebabkan jangkitan HIV dalam setiap spesimen. Tiga jenis sel itu ialah CD4+T, makrifages dan sel Langerhan. Mereka mendapati jaringan kulit hujung penis ternyata mengandungi jumlah tertinggi dari ketiga jenis sel yang menyebabkan jangkitan itu terutama pada lelaki dewasa.

     Kajian ini penyebab saranan Estrada untuk menggalakkan lelaki berkhatan bagi melindungi diri terhadap pengaruh HIV, terutama lelaki di negara Afrika yang banyak dijangkiti AIDS.

     Sebenarnya, Islam terlebih dahulu menggalakkan umat manusia agar berkhatan dan pelbagai hikmah boleh diperoleh daripadanya. Antara hikmah-hikmah tersebut ialah :-
  • Boleh membawa kepada kesempurnaan beragama
  • Mengawal syahwat
  • Menjaga kesihatan dan pemeliharaan diri daripada bahaya penyakit
  • Membezakan antara orang Islam dan bukan Islam ~ orang bukan Islam kini banyak yang berkhatan setelah menyedari boleh mengelakkan diri daripada penyakit ds

No comments:

Post a Comment