Total Pageviews

Thursday, December 9, 2010

Orang Yang Tidak Bahagia Menonton Televisyen Lebih Banyak??



     Adakah anda sering tidak terlepas menonton televisyen? Sekiranya begitu, anda mungkin termasuk dalam kelompok orang yang kurang bahagia. Menurut satu penelitian, mereka yang kurang bahagia biasanya akan menonton televisyen 30% lebih banyak berbanding dengan orang yang hidup bahagia.

     Penemuan yang disebarkan itu adalah hasil penelitian kepada 30,000 orang dewasa di Amerika Syarikat dalam tempoh antara tahun 1975 dan 2006.

     Sebenarnya, mereka yang mengaku hidup bahagia kebiasaannya menonton televisyen sekitar 19 jam seminggu, berbanding yang hidup kurang bahagia di mana mereka lebih lama menghabiskan masa di hadapan televisyen iaitu 25 jam seminggu.

     Selain itu, mereka yang hidup bahagia kebiasaannya juga lebih aktif secara sosial, seperti banyak menghadiri program keagamaan dan lebih banyak membaca Al-Quran jika dibandingkan dengan mereka yang hidup kurang bahagia.

     Walaubagaimanapun, para peneliti belum meyakini adakah ketidakbahagiaan itu mendorong seseorang untuk lebih banyak menonton televisyen, ataupun sebaliknya di mana lebih banyak menonton televisyen boleh menjadikan seseorang untuk menjadi kurang hidup bahagia.

     Namun demikian, hampir kesemua orang mengakui lebih gemar menonton televisyen. Ini dibuktikan dengan penelitian mengikut skala 0 (tidak menggemari) hingga 10 (sangat menggemari) di mana rata-rata di antara mereka memilih angka 8 daripada skala yang diberikan.

     Tetapi, keseronokan menonton televisyen sebenarnya tidak betahan lama. "Data-data menunjukkan bahawa televisyen mungkin menyediakan keseronokan sesaat, namun sebenarnya mampu memberi kesan kurang baik dalam jangka masa yang panjang", kata John Robinson, peneliti sosiologi dari Universiti Maryland.

     Dalam keadaan seperti ini, orang yang paling bahagia juga akan menjadi orang yang hilang matlamat apabila terus menerus menonton televisyen kerana menurut para peneliti, dengan menonton televisyen mampu menyisihkan aktiviti-aktiviti lain yang sebenarnya boleh memberi kesan bahagia yang lebih lama seperti berolahraga, bercinta, menghadiri jamuan dan bersosial di mana kesemua aktiviti ini mampu menghasilkan perkembangan psikologi yang lebih besar.

     ~~Ataupun dalam senario yang berbeza, kemungkinan televisyen telah menjadi satu tempat pelarian bagi mereka yang kurang bahagia??? Ini kerana mereka yang tidak bahagia akan mudah terhibur dengan menonton televisyen.

     Nah! Mana yang lebih dahulu, televisyen atau ketidakbahagiaan? Para peneliti akan melanjutkan penelitiannya. Mereka juga akan berusaha mencari hubungan antara televisyen dengan kebahagiaan. Anda bagaimana???? 


No comments:

Post a Comment