Total Pageviews

Wednesday, December 1, 2010

MANGGIS - ... merawat penyakit malaria, ...........?

    
     Buah manggis dikenali sebagai ratu buah. Selain rasanya yang manis, tahukah anda bahawa ia juga mempunyai khasiat untuk kesihatan terutama sekali pada bahagian kulit?


     Manggis atau nama saintifiknya Garcicia mangostana adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Semenanjung Malaysia dan banyak ditanam di sekitar India, Sri lanka dan Amerika Tengah. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan.


     Buat pengetahuan anda, buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah mangga. Secara tradisi, kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti malaria, TB, penyakit kulit dan cirit birit.


     Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun ,untuk manghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.


No comments:

Post a Comment