Total Pageviews

Wednesday, December 15, 2010

Sahabat Rasulullah : Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq

    
     Nama sebenar Abu Bakar Al-Siddiq adalah Abdullah bin Qahafah, seorang saudagar kaya bangsawan Quraisy. Sejak sebelum kedatangan Islam, dia dikenali sebagai individu yang berakhlak mulia yang sama sekali berbeza dengan bangsawan Quraisy lain. Dua tahun lebih muda daripada Rasulullah, dia bersahabat dengan Rasulullah sejak remaja.
     Abu Bakar pernah menceritakan asal dia tertarik dengan Islam. Suatu masa ketika berurusan di Yaman, dia mengunjungi seorang tua yang rajin membaca kitab-kitab lama. Lelaki itu berkata kepadanya, “Aku kira tuan datang dari Tanah Haram”. “Benar”, jawabnya. “Aku kira tuan berbangsa Quraisy?” “Benar”, kata Abu Bakar lagi. “Tuan dari keluarga Bani Taiyim?” “Benar”, dia mengseahkan lagi.
     Orang tua itu meminta izin untuk melihat perut Abu Bakar. Katanya, berdasarkan ilmunya, dia melihat seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua sahabat, seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dan menjadi pelindung dalam kesusahan. Sementara yang separuh umur itu, putih kulitnya, bertubuh kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kiri. Abu Bakar menyelak bajunya dan orang tua itu melihat tahi lalat hitam di atas bahagian pusat Abu Bakar. Tahulah dia, Abu Bakarlah lelaki yang dimaksudkan. Sehabis urusan di Yaman, Abu Bakar sekali lagi menemui orang tua itu untuk mengucapkan selamat tinggal. Orang tua itu berkirim beberapa rangkap syair untuk dibawa balik ke Mekah.
     Setiba di Mekah, beberapa orang penduduk bertemunya, memaklumkan bahawa sahabatnya Muhammad bin Abdullah telah mengaku menjadi Nabi. Abu Bakar diminta berbuat sesuatu. Abu Bakar terus menemui Muhammad. Katanya, “Tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tuan. Saya mendapat tahu tuan terang-terangan menyeleweng dari kepercayaan nenek moyang kita”.
Muhammad membalas, “Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutus untukmu dan untuk sekalian umat!” “Buktinya?” Tanya Abu Bakar. “Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari”, kata Muhammad. “Orang tua yang mana satu? Ramai orang tua yang aku temui di Yaman”, balas Abu Bakar semula.
Muhammad menyambung, “Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!” Jawapan Muhammad mengejutkan Abu Bakar, “Siapa yang memberitahumu, sahabatku?” Kata Muhammad, “Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku”.
Akhirnya Abu Bakar berkata, “Hulurkan tanganmu. Bahawa dengan sesungguhnya, aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah”.
Begitulah kisah Abu Bakar memeluk Islam dan dia menjadi lelaki pertama yang beriman kepada Rasulullah.

Monday, December 13, 2010

PAK PANDIR dan IKAN KELI

Pada suatu hari, Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan. Apabila pulang ke rumah, dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang…...
Mak Andih   :         Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni?
                             Hidup lagi ni?!
Pak Pandir    :         Apa yang susahnya tu Mak Andih??
Mak Andih   :         Nak ketuk kepala ikan ni, sadis la pulak!
Pak Pandir    :         Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan
                             tu dalam air, kasi lemas ikan tu.. Sekejap lagi
                             mampus la tu..!
Mak Andih   :         …………..!?

hihihi...

Sunday, December 12, 2010

Berubah-Ubah Niat


     Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang terjuntai.

     Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, “Ya Allah, selamatkanlah aku daripada jatuh. Jika selamat, aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin”.

     Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok. Namun, ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya, tetapi dia masih lagi belum selamat. Setelah berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, “Ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin”.

     Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih bertiup kencang. Kali ini dia berseru, "Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam”.
     Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah lagi, “Ya Allah, sekiranya aku selamat, aku akan sedekahkan seekor ayam”.
     Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. Dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh. “Ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga. Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun…", serunya.
Moral Solusi: Dalam keadaan susah, manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang, manusia mudah melupakanNya. Ironinya, apakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang, kita melupakan-Nya???
~~mari renung sebentar..

Friday, December 10, 2010

ORANG YANG DIPOHON KEAMPUNAN DOSA OLEH MALAIKAT

  • Seseorang yang tidur dalam keadaan berwuduk
  • Seseorang yang duduk di sejadah atau tikar menanti tibanya waktu solat
  • Memenuhkan saf solat sehingga tiada ruangan yang renggang
  • Sempat melafazkan amin bersama imam pada Fatihah yang pertama
  • Duduk sebentar di tempat solat selepas bersolat
  • Sentiasa berjemaah dalam solat Subuh dan Asar
  • Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  • Berdoa untuk saudara Islam serta mengaminkannya
  • Menghulurkan belanja kepada kegiatan kebajikan
  • Makan sahur
  • Orang yang berpuasa menjamu orang lain untuk bersama berbuka puasa
  • Guru yang mengajar kebaikan kepada murid atau orang ramai
  • Orang yang bertaubat dari kesalahan yang lalu dengan mengikut jalan yang lurus seperti yang diperintahkan Tuhan
  • Sekiranya anda lelaki, anda akan berada di saf paling depan dalam solat berjemaah
  • Anda berada di saf sebelah kanan semasa solat berjemaah
  • Anda menziarahi orang sakit dan 70,000 para malaikat akan mendoakan kesejahteraan anda
  • Anda berdoa agar orang yang sakit yang anda ziarahi itu cepat sembuh. Anda juga mendoakan orang yang telah mati supaya diampunkan dosanya dan mendapat kebaikan kelak
  • Mengampunkan dosa orang yang membuat kesalahan kepada anda lalu mendoakannya supaya dipelihara daripada keburukan...

Thursday, December 9, 2010

Orang Yang Tidak Bahagia Menonton Televisyen Lebih Banyak??



     Adakah anda sering tidak terlepas menonton televisyen? Sekiranya begitu, anda mungkin termasuk dalam kelompok orang yang kurang bahagia. Menurut satu penelitian, mereka yang kurang bahagia biasanya akan menonton televisyen 30% lebih banyak berbanding dengan orang yang hidup bahagia.

     Penemuan yang disebarkan itu adalah hasil penelitian kepada 30,000 orang dewasa di Amerika Syarikat dalam tempoh antara tahun 1975 dan 2006.

     Sebenarnya, mereka yang mengaku hidup bahagia kebiasaannya menonton televisyen sekitar 19 jam seminggu, berbanding yang hidup kurang bahagia di mana mereka lebih lama menghabiskan masa di hadapan televisyen iaitu 25 jam seminggu.

     Selain itu, mereka yang hidup bahagia kebiasaannya juga lebih aktif secara sosial, seperti banyak menghadiri program keagamaan dan lebih banyak membaca Al-Quran jika dibandingkan dengan mereka yang hidup kurang bahagia.

     Walaubagaimanapun, para peneliti belum meyakini adakah ketidakbahagiaan itu mendorong seseorang untuk lebih banyak menonton televisyen, ataupun sebaliknya di mana lebih banyak menonton televisyen boleh menjadikan seseorang untuk menjadi kurang hidup bahagia.

     Namun demikian, hampir kesemua orang mengakui lebih gemar menonton televisyen. Ini dibuktikan dengan penelitian mengikut skala 0 (tidak menggemari) hingga 10 (sangat menggemari) di mana rata-rata di antara mereka memilih angka 8 daripada skala yang diberikan.

     Tetapi, keseronokan menonton televisyen sebenarnya tidak betahan lama. "Data-data menunjukkan bahawa televisyen mungkin menyediakan keseronokan sesaat, namun sebenarnya mampu memberi kesan kurang baik dalam jangka masa yang panjang", kata John Robinson, peneliti sosiologi dari Universiti Maryland.

     Dalam keadaan seperti ini, orang yang paling bahagia juga akan menjadi orang yang hilang matlamat apabila terus menerus menonton televisyen kerana menurut para peneliti, dengan menonton televisyen mampu menyisihkan aktiviti-aktiviti lain yang sebenarnya boleh memberi kesan bahagia yang lebih lama seperti berolahraga, bercinta, menghadiri jamuan dan bersosial di mana kesemua aktiviti ini mampu menghasilkan perkembangan psikologi yang lebih besar.

     ~~Ataupun dalam senario yang berbeza, kemungkinan televisyen telah menjadi satu tempat pelarian bagi mereka yang kurang bahagia??? Ini kerana mereka yang tidak bahagia akan mudah terhibur dengan menonton televisyen.

     Nah! Mana yang lebih dahulu, televisyen atau ketidakbahagiaan? Para peneliti akan melanjutkan penelitiannya. Mereka juga akan berusaha mencari hubungan antara televisyen dengan kebahagiaan. Anda bagaimana???? 


Wednesday, December 8, 2010

RAMBUT manusia dalam makanan?? Sebagai bahan ramuan???



     Apakah perasaan anda jika anda ternampak sehelai rambut dalam makanan anda?? Tentu menjijikkan. Tanpa diketahui ramai, rambut manusia telah diproses untuk dijadikan salah satu ramuan dalam makanan. Ramuan yang dimaksudkan ialah L-cysteine.

     Kegunaan L-cysteine dalam makanan dibenarkan di negara kita. Menurut Jadual Kesebelas Peraturan Makanan 1985, bahan ini dibenarkan penggunaannya dalam tepung gandum dan tepung berprotein tinggi untuk membuat roti.

Apakah L-cysteine?
  
     L-cysteine ialah sejenis asid amino yang lazimnya digunakan di dalam makanan, ubatan dan kosmetik.

     Di dalam pembuatan roti, L-cysteine digunakan untuk mengurangkan tempoh adunan doh, menghentikan pengecutan kerak pizza selepas dinipiskan dan menjadikan doh tidak mudah melekat.

     Selain itu, L-cysteine digunakan sebagai komponen untuk menghasilkan bahan perisa berdaging seperti ayam dan lembu.

     Walaupun L-cysteine terdapat dalam pelbagai jenis makanan, ia biasanya tidak disenaraikan sebagai bahan ramuan pada label kerana ia tidak dianggap sebagai penambah makanan tetapi sebagai bantuan dalam pemprosesan.

Sumber L-cysteine

     Dewasa ini, hampir 80% daripada L-cysteine yang digunakan di seluruh dunia yang diperolehi dari China dengan menggunakan rambut manusia dan bulu ayam.

     Rambut manusia kaya dengan dua sebatian asid amino, iaitu L-cysteine dan L-tyrosine. Terdapat sebanya 14% L-cysteine dalam rambut manusia. Di dalam proses penghasilan L-cysteine, keratin dari rambut manusia diekstrak dengan menggunakan asid hidroklorik dan air. Selepas beberapa langkah tertentu, keratin bertukar menjadi L-cysteine.

Pandangan Islam mengenai L-cysteine 

     Menurut hukum syarak, setiap bahagian manusia adalah haram dimakan oleh umat Islam. Di dalam satu wawancara dengan Mufti Negeri Perak, Dato’ Seri Dr Haji Harussani Bin Haji Zakaria, beliau berkata setiap tubuh bahagian manusia adalah mulia dan tidak boleh diperlakukan dengan sewenang-wenangnya.

     Oleh itu, kehadiran L-cysteine dalam makanan adalah meragukan kerana besar kemungkinan ia diperolehi daripada rambut manusia.

   Memandangkan keadaan sedemikian, pengguna Islam seharusnya perlu berhati-hati apabila mereka memilih makanan di pasaran, terutamanya makanan yang mungkin mengandungi L-cysteine seperti roti, pizza dan perisa makanan yang tidak manis. Ini kerana besar kemungkinan ianya diperolehi dari rambut manusia. Keadaan menjadi lebih rumit apabila bahan ini tidak pula disenaraikan sebagai bahan ramuan.
















Mufti Negeri Perak
Dato’ Seri Dr Haji Harussani Bin Haji Zakaria



Friday, December 3, 2010

BERKHATAN kurangkan jangkitan HIV??

     
     "Khitan" atau berkhatan (dalam istilah Melayu) bermakna memotong kulit (kulup) yang menutupi kepala zakar (bagi lelaki) dan memotong sedikit hujung kelentit (clitoris) (bagi perempun).

     Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, daripada Nabi Muhammad S.A.W. sabdanya :
"Fitrah itu lima perkara, ataupun lima bentuk fitrah ialah : Berkhatan, mencukur bulu kemaluan (lelaki ataupun wanita), mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mengunting misai".

     Ada perbezaan pendapat tentang hukum berkhatan ini. Ada yang mengatakan ia sunat dan ada yang mengatakan wajib berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W. ~~ Kebanyakan ulama berpendapat khatan itu patut dilaksanakan ketika anak menghampiri waktu baligh.

     Bersadarkan hasil kajian yang dilakukan oleh Carlos R. Estrada dan kumpulannya dari Pusat Kesihatan St. Lukes Rush-Presbyterian di Chicago. Illinois berkaitan kesihatan, sekitar 80% jangkitan seperti HIV berlaku apabila hubungan kelamin berlaku tanpa perlindungan. Dan bahagian yang paling kerap dijangkiti adalah pada lelaki iaitu melalui penis.

     Menurut Estrada, lelaki yang berkhatan boleh mengurangkan risiko jangkitan virus HIV sebanyak 2 hingga 8 kali. Untuk menentukan sejauh mana kesahihannya, Estrada dan kumpulannya membuat kajian terhadap 14 contoh jaringan kulit hujung penis kanak-kanak dan orang dewasa. Untuk menentukan jaringan yang mungkin boleh dijangkiti HIV, mereka menghitungkan tiga jenis sel sistem kekebalan yang dikenal pasti boleh menyebabkan jangkitan HIV dalam setiap spesimen. Tiga jenis sel itu ialah CD4+T, makrifages dan sel Langerhan. Mereka mendapati jaringan kulit hujung penis ternyata mengandungi jumlah tertinggi dari ketiga jenis sel yang menyebabkan jangkitan itu terutama pada lelaki dewasa.

     Kajian ini penyebab saranan Estrada untuk menggalakkan lelaki berkhatan bagi melindungi diri terhadap pengaruh HIV, terutama lelaki di negara Afrika yang banyak dijangkiti AIDS.

     Sebenarnya, Islam terlebih dahulu menggalakkan umat manusia agar berkhatan dan pelbagai hikmah boleh diperoleh daripadanya. Antara hikmah-hikmah tersebut ialah :-
  • Boleh membawa kepada kesempurnaan beragama
  • Mengawal syahwat
  • Menjaga kesihatan dan pemeliharaan diri daripada bahaya penyakit
  • Membezakan antara orang Islam dan bukan Islam ~ orang bukan Islam kini banyak yang berkhatan setelah menyedari boleh mengelakkan diri daripada penyakit ds

BEZA Lelaki & Wanita

  1. Rata-rata lelaki membaca lebih lama daripada wanita
  2. Serata purata, berat otak lelaki lebih 1.4 kg berbanding wanita
  3. Lelaki mempunyai sel darah lebih satu juta berbanding wanita
  4. Sperma lelaki menentukan jenis jantina bayi
  5. Rata-rata wanita tidur satu jam lebih lama daripada lelaki pada waktu malam
  6. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi lelaki dua bulan lebih lewat
  7. Lelaki tidak menghadapi tarauma yang berpanjangan berbanding wanita
  8. Tulang punggung lelaki lebih besar berbanding wanita yang lebih lebar untuk memenuhi proses bersalin. Bagi timbunan lemak, lelaki lebih banyak himpunan perut di bahagian perut berbanding wanita
  9. Kemampuan deria rasa lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah berbanding wanita
  10. Lelaki lebih suka bercakap terus terang mengenai tujuannya, sementara wanita sering terputus-putus dipenuhi keraguan dan dipengaruhi perasaan. Pengucapan yang tidak lancar ini disebabkan jarang penghubung antara belahab otak kanan (kreatif) dan kiri (logik) lebih lebar berbanding lelaki
  11. Wanita mempunyai 75% lebih banyak kelenjar peluh (yang menghasilkan bau badan) berbanding lelaki
  12. Pertukaran alat kelamin lebih banyak dilakukan oleh lelaki
  13. Lelaki lebih cekap membaca peta dan lebih pakar dalam ukur ruang
  14. Lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logik) secara serentak
  15. Kajian di Australia mendapati 86% pembunuhan dilakukan oleh lelaki dan 95% penghuni penjara adalah lelaki
  16. Di seluruh dunia, dianggarkan 7:100 lelaki mengalami buta warna berbanding wanita yang hanya 1:1000 menderita masalah yang sama
  17. Pesakit lelaki di hospital lebih 2X ganda akan jatuh katil ketika sedang berbaring berbanding pesakit wanita
  18. Selalunya, seseorang lelaki akan dinilai menerusi penampilan dan bahasa tubuh sebanyak 55%, cara berkonunikasi 38% dan 7% lagi ialah butir bicaranya. Itulah penilaian awal daripada seorang wanita yang cuba dipikat oleh lelaki terbabit
  19. Purata lelaki berada di tandas atau bilik air adalah selama 113 jam
  20. Kira-kira 34% lelaki menggunakan tatacara privasi di Facebook dan hanya rakan rapat sahaja dapat melihat profil mereka